Sunday, 4 December 2011

Tahun            :      4
Kemahiran    : 6.2 Pilih sayur-sayuran yang sesuai, potong sayur-sayuran dan copkan corak untuk
                      menghasilkan lukisan.
Bahan-bahan : Pelbagai jenis sayur-sayuran, bahan warna, kertas lukisan dan pisau.
Aktiviti          : Menggunakan pellbagai jenis sayur-sayuran dan copkan corak untuk menghasilkan lukisan
                       taman bunga.
1) Sediakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah siap dipotong.
2) Warnakan permukaan sayur-sayusan dan buah-buahan yang telah dipotong dengan warna kegemaran sendiri.
3) Copkan corak sayur-sayuran dan buah-buahan pada kertas lukisan.
4) Hasilkan sebuah corak lukisan yang bertema taman bunga secara kreatif.

Thursday, 1 December 2011

Tahun : 4
Kemahiran : 9.2 Lukiskan mimik muka diri sendiri pada topeng.
Bahan-bahan : Beg kertas, gam, gunting, bahan warna, kertas lukisan.
Aktiviti : Hasilkan sebuah topeng.
1) Sediakan satu beg kertas.

2) Lakarkan  rupa topeng pada kertas lukisan.
3) Selepas siap warnakan rupa topeng, guntingkan rupa topeng dan lekatkan ia pada beg kertas.
4) Topeng yang comel telah siap disediakan
 
Copyright (c) 2010 LOW CHAI CHIN D20102045284. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.