Saturday, 26 November 2011

Tahun : 4
Kemahiran : 8.2 Menggunakan cap jari copkan corak.
Aktiviti : Copkan cap jari menghasilkan corak.
Bahan-bahan : Kertas lukisan, bahan warna dan pen hitam.
1) Warnakan cat air pada permukaan cap jari.
2) Copkan cap jari pada kertas lukisan.
3) Lukiskan garisan-garisan pada corak supaya ia menjadi rupa semut.
4) Corak yang berupa semut telah siap disediakan.
Tahun : 4
Kemahiran : 5.2 Menganyam tikar dengan kertas warna.
Aktiviti : Menganyam pelbagai jenis corak anyaman.
1) Lukiskan garisan brselang 0.5 cm pada kertas lukisan, lalu memotong garisan-garisan tersebut.
2) Guntingkan kepingan kertas warna berselang 0.5 cm.
3) Mulakan anyaman pada kertas lukisan.
4) Pelbagai karya corak anyaman telah dihasilkan oleh murid-murid.

Thursday, 24 November 2011

Tahun : 4
Kemahiran : Lekatkan serpihan ketas warna untuk menghasilkan sebuah lukisan.
Aktiviti : Lekatkan kertas serpihan yang berwarna-warni pada lukisan secara tersusun.
Bahan-bahan : Kertas warna, kertas lukisan, gam dan gunting.
1) Lukiskan sebuah lukisan alam laut.
2) Guntingkan kertas warna menjadi serpihan segi empat sama.
3) Lekatkan serpihan kertas warna segi empat sama pada lukisan alam laut secara tersusun. 
4) Lukisan alam laut telah siap.

Contoh-contoh karya lukisan murid yang telah dihasilkan.
 
Copyright (c) 2010 LOW CHAI CHIN D20102045284. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.